Notis privasi

  1. Dalam Notis Privasi, ungkapan “data peribadi” mempunyai maksud seperti yang ditakrif oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan meliputi “data peribadi sensitif” (seperti yang ditakrif oleh PDPA). “Syarikat” mempunyai maksud ES Link Capital Sdn Bhd.
  2. Di mana berkaitan, dan berhubung dengan sebarang data peribadi yang telah atau mungkin dari masa ke semasa diberi oleh atau bagi pihak anda dan/atau yang didapati secara bebas oleh Syarikat dari sumber-sumber lain yang sah (sekiranya ada) yang berkaitan dengan transaksi komersial ini:-
    1. anda berwaad bahawa anda telah mengakui, mengesahkan dan bersetuju terhadap Syarikat; dan
    2. anda mengakui, mengesah dan bersetuju terhadap Syarikat untuk memungut, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, mengendalikan, berurusan dengan dan memproses dengan apa jua cara data peribadi tersebut, bagi sebarang tujuan yang berikut:-
      1. bagi rekod simpanan Syarikat dalam urusan biasa perniagaannya;
      2. untuk mengendalikan dan memberi kesan kepada transaksi komersial dan pengurusan dan/atau penguatkuasaannya, dan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan anda;
      3. untuk membolehkan Syarikat memaklumkan anda tentang produk Syarikat, perkhidmatan, acara yang akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan-bahan komersial (termasuk e-mel, SMS atau cara-cara lain) dan/atau untuk digunakan, memberi dan/atau membaiki perkhidmatan Syarikat, analisis corak penggunaan dan pilihan, kajian pasaran, proses invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan dengan anda;
      4. untuk membolehkan Syarikat mematuhi kewajipannya di bawah sebarang undang-undang, rukun, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis petunjuk, surat arahan, polisi, dan lain-lain kehendak yang berkuatkuasa dari masa ke semasa termasuk pindaan dari masa ke semasa yang berkaitan dengan transaksi komersial dan/atau berkaitan dengan kelakuan perniagaan atau aktiviti-aktiviti Syarikat.
    3. Anda mengakui bahawa maklumat yang diberi atau permintaan oleh anda yang membawa kepada pemberian sebarang data peribadi adalah mencukupi, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan sebarang data peribadi yang diberi adalah secara sukarela dan adalah diperlukan untuk tujuan di atas.
  3. Di mana data peribadi diminta, anda mempunyai pilihan untuk tidak memberi maklumat tambahan seperti diminta selain daripada maklumat di mana Syarikat menunjukkan adalah perlu untuk memudahkan transaksi komersial. Jika anda tidak melengkapkan bidang yang dihendaki untuk sendiri, Syarikat tidak dapat memberi servis dan/atau memenuhi permintaan anda.
  4. Berhubung dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, Syarikat adalah dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi tersebut kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan, pengganti kepentingan Syarikat, penaja, pengiklan, peguamcara Syarikat, syarikat insuran, penyelaras (adjusters), penasihat lain-lain, pembekal, kontraktor dan/atau pemberi perkhidmatan, dan syarikat-syarikat yang berkaitan atau sekutu dan rakan kongsi, yang mana beberapa mungkin berada di luar negara yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran, pengurusan yang tertentu dan fungsi-fungsi operasi untuk atau bagi pihak Syarikat yang berkenaan dengan atau yang timbul dari transaksi komersial ini atau untuk menyokong jualan, pemasaran, promosi dan/atau iklan.
  5. Dalam keadaan jualan perniagaan, pelupusan, ambilalih, gabungan atau susunan semula melibatkan Syarikat atau aset Syarikat kepada pihak lain, data peribadi mungkin perlu didedahkan dan/atau dipindah kepada orang lain sebagai sebahagian proses jualan, pelupusan, ambilalih, gabungan atau susunan semula. Anda mengakui dan berwaad bahawa pemberi data peribadi mengakui, mengesahkan dan bersetuju kepada Syarikat bahawa pendedahan dan pemindahan mungkin berlaku dan dengan ini membenarkan Syarikat untuk mendedahkan data peribadi kepada pihak lain dan penasihat dan wakilnya dan pihak lain yang mempunyai persetujuan daripada pemberi untuk memproses data peribadi sebegini.
  6. Anda boleh meminta secara bertulis akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi menurut peruntukan-peruntukan PDPA. Untuk membuat permintaan tersebut, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung cara pengendalian data peribadi tersebut oleh Syarikat, anda boleh menghubungi Syarikat di pejabatnya di No C-3A-13, Block C, Pusat Komersial Southgate, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur (Tel: 1800-88-7272; Email: enquiry.kredit2u@gmail.com).Melalui penghantaran Borang Permohonan, anda mengesahkan bahawa anda telah baca dan bersetuju kepada isi kandungan di atas.

Dapatkan bantuan kewangan yang LEBIH CEPAT & MUDAH
daripada rakan sekutu kami.